Kawan-kawan yang sudi menjengah ... terima kasih...

Terbaru, terbaekkk dari ladang....

Friday, March 26, 2010

Kenapa Anwar bebas ke sana kemari?

Pelik betul bila memikirkan sistem mahkamah di Malaysia sekarang ni.

Semua orang tau, Anwar Ibrahim sekarang dalam perbicaraan kerana dituduh melakukan seks luar tabii di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Difahamkan, siapa yang dituduh di bawah seksyen ini tidak boleh diikat jamin. Tapi itulah, dek besarnya pengaruh si Anwar ni, dia bebas lepas tanpa perlu dilokap, merayau sana sini sampai ke luar negara, boleh pulak berceramah merata-rata demi menegakkan benang basahnya. Berkesempatan pula mencari simpati dan meluaskan pengaruh daripada negara-negara Barat yang memang sentiasa menunggu peluang.

Tapi pihak yang menuduhnya, iaitu Saiful Bukhari, si bujang teruna yang baru nak mengenal dunia, terpaksa berkurung, bersembunyi kerana takutkan ancaman kuncu2 si tua Anwar Ibrahim ni. Dia pulak macam orang yang bersalah, sedangkan dia adalah mangsa kerakusan nafsu serakah si tua tu.

Adil ke sistem kita macam ni? Agaknya kalau orang lain la yang kena tuduh meliwat macam tu, dah lama dah kena bicara, dah lama dah dok dalam lokap sementara kena tunggu masa bicara. Tapi dek kerana si Anwar berpangkat Dato' Seri, pengaruh kuat pulak tu, bukan setakat boleh bebas lepas,  boleh pulak mintak tangguh-tangguh, sendiri yang tentukan masa bila nak bicara.

Aku bukan nak mempertikaikan keputusan mahkamah, tapi itulah realitinya. Bila orang ada kuasa, mahkamah yang sepatutunya menjadi kuasa tertinggi manusia pun boleh tunduk ikut arahan. So, kita nak rujuk kat mana lagi?

No comments:

Post a Comment