Kawan-kawan yang sudi menjengah ... terima kasih...

Terbaru, terbaekkk dari ladang....

Wednesday, February 3, 2010

Summary

YB Tan Tee Beng (MP Nibong Tebal-PKR) kata Lim Guang Eng patut letak jawatan dan diganti dgn org lain.
YB Datuk Seri Zahrain hashim (MP - Bayan Baru-PKR) kata Lim Guan Eng diktator, chauvinist dan otak komunis.
YB Zulkifli Nordin (Kulim-Bandar Baharu-PKR) saman Khalid Samad - Shah Alam tentang isu kalimah Allah.

Ketiga dari PKR ni kena panggil oleh Jawatankuasa Disiplin PKR.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din kata sesiapa yang menyokong keputusan mahkamah membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam boleh menjadi kufur.
Dr Hassan Ali membantah penjualan arak secara bebas di 7-11 dan banyak kedai2 lain secara terbuka di Selangor.
Hassan Ali kena amaran, Haron Din dibantah oleh ramai ulamak nasi lemak PAS. Haron Din tu bukan ulamak ke?  Tak betul ke apa yang dia cakap?
Apa yang Hassan Ali cakap tu salah ker? Berdosa ker? Sebab yang keluar lesen PKR di bawah Khalid Gagap, maka Hassan Ali cakap jadi salah pulak pada PAS.

DAP? Setakat Lim Guan Eng je yang kena hentam, diorang masih boleh senyum. Takde masalah.

Yang bermasalah besar sekarang ni, PAS ngan PKR. Kebanyakannya Melayu gaduh dengan Melayu. Melayu pijak Melayu. Satu kata Islam orang tak betul, dia aje yang betul. Satu lagi kata tak nak perkauman tapi tak nak sokong 1Malaysia Najib. Kerajaan cuba buat, tak boleh terima, sebab tak nak bukak hati dan minda yang dah berserabut dengan dakyah-dakyah parti masing-masing.

PAS sekarang tengah sibuk nak meliberalkan parti mereka yang dulu ditubuhkan konon untuk memperjuangkan Islam. Sekarang dah nak buka keahlian pada semua kaum, semua agama. Macamana nak perjuangkan Islam? Sebenarnya orang melayu PAS pun dah naik risau bila bos-bos PAS mula cakap bukan-bukan, berdolak dalik tak tentu arah. Apa yang diperjuangkan sekarang?

PKR pulak dengan Anwar Ibrahim yang diambang Hotel Sungai Buloh dah huru-hara dengan beberapa orang kanan nak letak jawatan, ada yang nak jadi ahli BN ada yang nak masuk Parti Cinta Malaysia. Entah apa yang diperjuangkan oleh PKR selama ni pun, tak clear. Yang diorang tau cuma nak Anwar jadi PM. Lepas Anwar sapa pulak? Ingat sikit Anwar tu dah tua, dah 63 tahun, tak lama dah tu. Matinya Anwar nanti, sapa yang ganti?

Sudahlah, orang Melayu semua. Bukak lah hati dan minda korang semua. Buka mata tengok keliling. Korang sibuk gaduh2, bantai UMNO, gaduh sama sendiri. Korang tengok DAP tu, rilek je. MCA gaduh2 diorang diam je, tak campur tangan, Gerakan gaduh pun diorang diam je, cuit sikit2 je, jangan tidak.

Tinggalkan je lah perjuangan sia-sia PAS dan PKR tu. Keluar la ramai2 tinggalkan Anwar ngan famili dia serta penyokong2 totok yang mengharap sesuatu daripada Anwar kalau dia jadi PM. Korang yang takde can nak jadi apa2 tu, tak payahlah sokong. Percaya la korang takkan dapat apa-apa pon. PAS pulak dah patah kemudi, kapal dah melelong kiri kanan, tak lama lagi nak karam la tu. Baik lah korang terjun dulu sebelum karam bersama pemimpin2 PAS yang tengah seronok diperkudakan DAP sekarang ni.

Tinggalkan la Pakatan Rapuh tu, tak kemananya. Tak lama lagi Anwar masuk balik hotel Sg Buloh, korang ternganga la ....