Kawan-kawan yang sudi menjengah ... terima kasih...

Terbaru, terbaekkk dari ladang....

Wednesday, April 14, 2010

Kamalanathan - pilihan bijak Najib & Muhyidin

Tahniah PM & TPM.

Pilihan tepat.

Walaupun muda lagi, tapi rekod bersih.

Daripada berpengalaman tapi rekod hitam dan kotor macam Zaid Beraim

Takpelah walau dia India, bukan Islam bukan Melayu pun.

Dia tak pernah pun mengaku dia Islam / Melayu.

Daripada si Zaid yg terpaksa buat buku nak mengaku Melayu dan Islam

Memang asalnya kita tau dia Melayu dia Islam.

Tapi sekarang masih Melayu ke dia? Islam lagi ke dia?

Entahlah, aku tak da hak nak kata dia tidak Islam lagi.

Tapi dia penyokong Sistem in Islam yang selewengkan agama, penyokong IFC,
menentang hukum hudud di Kelantan, dengar citer minum arak pon terer,
ada ura-ura nak bukak kedai loteri pulak....

So, patut ke orang Melayu Hulu Selangor undi orang yg konon2 Melayu Islam macam tu?

Tak payahlah..... nyesal nanti.....

Friday, March 26, 2010

Kenapa Anwar bebas ke sana kemari?

Pelik betul bila memikirkan sistem mahkamah di Malaysia sekarang ni.

Semua orang tau, Anwar Ibrahim sekarang dalam perbicaraan kerana dituduh melakukan seks luar tabii di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Difahamkan, siapa yang dituduh di bawah seksyen ini tidak boleh diikat jamin. Tapi itulah, dek besarnya pengaruh si Anwar ni, dia bebas lepas tanpa perlu dilokap, merayau sana sini sampai ke luar negara, boleh pulak berceramah merata-rata demi menegakkan benang basahnya. Berkesempatan pula mencari simpati dan meluaskan pengaruh daripada negara-negara Barat yang memang sentiasa menunggu peluang.

Tapi pihak yang menuduhnya, iaitu Saiful Bukhari, si bujang teruna yang baru nak mengenal dunia, terpaksa berkurung, bersembunyi kerana takutkan ancaman kuncu2 si tua Anwar Ibrahim ni. Dia pulak macam orang yang bersalah, sedangkan dia adalah mangsa kerakusan nafsu serakah si tua tu.

Adil ke sistem kita macam ni? Agaknya kalau orang lain la yang kena tuduh meliwat macam tu, dah lama dah kena bicara, dah lama dah dok dalam lokap sementara kena tunggu masa bicara. Tapi dek kerana si Anwar berpangkat Dato' Seri, pengaruh kuat pulak tu, bukan setakat boleh bebas lepas,  boleh pulak mintak tangguh-tangguh, sendiri yang tentukan masa bila nak bicara.

Aku bukan nak mempertikaikan keputusan mahkamah, tapi itulah realitinya. Bila orang ada kuasa, mahkamah yang sepatutunya menjadi kuasa tertinggi manusia pun boleh tunduk ikut arahan. So, kita nak rujuk kat mana lagi?

Wednesday, February 3, 2010

Summary

YB Tan Tee Beng (MP Nibong Tebal-PKR) kata Lim Guang Eng patut letak jawatan dan diganti dgn org lain.
YB Datuk Seri Zahrain hashim (MP - Bayan Baru-PKR) kata Lim Guan Eng diktator, chauvinist dan otak komunis.
YB Zulkifli Nordin (Kulim-Bandar Baharu-PKR) saman Khalid Samad - Shah Alam tentang isu kalimah Allah.

Ketiga dari PKR ni kena panggil oleh Jawatankuasa Disiplin PKR.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din kata sesiapa yang menyokong keputusan mahkamah membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam boleh menjadi kufur.
Dr Hassan Ali membantah penjualan arak secara bebas di 7-11 dan banyak kedai2 lain secara terbuka di Selangor.
Hassan Ali kena amaran, Haron Din dibantah oleh ramai ulamak nasi lemak PAS. Haron Din tu bukan ulamak ke?  Tak betul ke apa yang dia cakap?
Apa yang Hassan Ali cakap tu salah ker? Berdosa ker? Sebab yang keluar lesen PKR di bawah Khalid Gagap, maka Hassan Ali cakap jadi salah pulak pada PAS.

DAP? Setakat Lim Guan Eng je yang kena hentam, diorang masih boleh senyum. Takde masalah.

Yang bermasalah besar sekarang ni, PAS ngan PKR. Kebanyakannya Melayu gaduh dengan Melayu. Melayu pijak Melayu. Satu kata Islam orang tak betul, dia aje yang betul. Satu lagi kata tak nak perkauman tapi tak nak sokong 1Malaysia Najib. Kerajaan cuba buat, tak boleh terima, sebab tak nak bukak hati dan minda yang dah berserabut dengan dakyah-dakyah parti masing-masing.

PAS sekarang tengah sibuk nak meliberalkan parti mereka yang dulu ditubuhkan konon untuk memperjuangkan Islam. Sekarang dah nak buka keahlian pada semua kaum, semua agama. Macamana nak perjuangkan Islam? Sebenarnya orang melayu PAS pun dah naik risau bila bos-bos PAS mula cakap bukan-bukan, berdolak dalik tak tentu arah. Apa yang diperjuangkan sekarang?

PKR pulak dengan Anwar Ibrahim yang diambang Hotel Sungai Buloh dah huru-hara dengan beberapa orang kanan nak letak jawatan, ada yang nak jadi ahli BN ada yang nak masuk Parti Cinta Malaysia. Entah apa yang diperjuangkan oleh PKR selama ni pun, tak clear. Yang diorang tau cuma nak Anwar jadi PM. Lepas Anwar sapa pulak? Ingat sikit Anwar tu dah tua, dah 63 tahun, tak lama dah tu. Matinya Anwar nanti, sapa yang ganti?

Sudahlah, orang Melayu semua. Bukak lah hati dan minda korang semua. Buka mata tengok keliling. Korang sibuk gaduh2, bantai UMNO, gaduh sama sendiri. Korang tengok DAP tu, rilek je. MCA gaduh2 diorang diam je, tak campur tangan, Gerakan gaduh pun diorang diam je, cuit sikit2 je, jangan tidak.

Tinggalkan je lah perjuangan sia-sia PAS dan PKR tu. Keluar la ramai2 tinggalkan Anwar ngan famili dia serta penyokong2 totok yang mengharap sesuatu daripada Anwar kalau dia jadi PM. Korang yang takde can nak jadi apa2 tu, tak payahlah sokong. Percaya la korang takkan dapat apa-apa pon. PAS pulak dah patah kemudi, kapal dah melelong kiri kanan, tak lama lagi nak karam la tu. Baik lah korang terjun dulu sebelum karam bersama pemimpin2 PAS yang tengah seronok diperkudakan DAP sekarang ni.

Tinggalkan la Pakatan Rapuh tu, tak kemananya. Tak lama lagi Anwar masuk balik hotel Sg Buloh, korang ternganga la ....

Monday, January 11, 2010

Salam

Blog baru....dengan satu misi...